Struktur Wikipedia:WikiProjek Biografi

Petua menulis biografi

  1. Selidik bahan-bahan bertulis yang sedia ada dengan teliti untuk mencari sumber yang boleh dipercayai.
  2. Cipta rencana percubaan dalam sublaman di laman pengguna anda.
  3. Usahakan rencana percubaan sehingga koheren dan sekurang-kurangnya bermaklumat walaupun sedikit, tidak lupa fakta-faktanya disemak. Rencananya, tidak kira betapa kasarnya, sepatutnya menjelaskan mengapa tokohnya cukup terkemuka untuk dimasukkan ke dalam projek ini, rujuk WP:BIO. Ada baiknya membuat rujukan kepada sekurang-kurangnya satu penentu kepentingan dalam perenggan pertama. Kegagalan menjelaskan kepentingan boleh menyebabkan rencana baru anda cepat dihapuskan.
  4. Cipta rencana baru mengenai subjek anda dan tampal kandungan rencana percubaan anda.
    • Baca kelaziman penamaan Wikipedia untuk menentukan tajuk laman.
    • Sejarah rencana percubaan anda sehingga kini tidak mungkin menarik minat orang lain selain diri anda, dan mengalihkannya akan memaksa anda mencipta semula sublaman pengguna anda. Oleh itu lebih baik untuk salin dan tampal.
  5. Serikan rencana anda dengan gambar seperti yang diperoleh dari Wikimedia Commons, senarai imej, atau meminta gambar dari penyunting lain.
  6. Bubuhkan kategori yang bersesuaian.
    • Anda mungkin juga dapat mencari kategori sesuai dengan mengkaji rencana-rencana berkaitan, khususnya rencana mengeia tokoh yang sebaya peranannya. Jika tida, apa kata kunjungi kumpulan kerja (which have them listed) atau melayari Kategori:Orang.
  7. Pemautan: pastikan pautan dalam dan luar serta nota kaki dalam rencana berhubung dengan laman yang diingini.
    • Pastikan rencana sedia ada yang relevan berpautan dengan rencana baru, agar rencana baru itu tidak "diyatimpiatukan".
  8. Terus usahakan rencana anda. Lama-kelamaan dapatlah penyunting lain tahu akan kewujudannya lalu turut sama membantu anda. Jika tiada sesiapa yang melihatnya dan anda rasa rencana itu memerlukan perhatian, sebutkan rencana di laman perbincangan dalam "WikiProjek" yang berkenaan (cth. Muzik), atau di sini, atau kedua-duanya sekali.
    • Anda mungkin mendapati bahawa pengguna baru akan berminat terhadap aspek-aspek tokoh yang tidak banyak menarik minat anda, atau melakukan aspek-aspek suntingan yang anda dapati memenatkan. Oleh itu, kerja mereka akan melengkapi, bukan menyaingi kerja anda.
  9. Apa kata membubuh senarai karya (bibliografi, diskografi, dsb.).
  10. Apabila berpuas hati dengan hasil kerja rencana anda atau sudah melakukan sebaik mungkin, apa kata anda meminta ulasan sebaya dengan mengikut arahan-arahan ini.
  11. Rileks! dan berehatlah setelah selesai.

Dasar

Garis panduan